Tuesday, May 24, 2011

AL-FATIHAH

     Kisah tanah runtuh melibatkan anak-anak yatim di Ulu Langat sangat menarik perhatian aku. ia cukup membuatkan aku hilang slera makan dan merenung memikirkan dan membayangkan betapa sengsaranya mereka ketika melalui detik-detik yang sangat memilukan itu..tetapi bila difikirkan kembali, Allah maha kaya dan penyayang dan sudah ditakdirkan anak-anak muda ini pergi dengan nilai2 yang baik pada diri mereka..Dan kepada mereka yang tercedera,semoga cepat sembuh dan tabah mengharungi hari-hari yang mendatang..
Alhamdulillah..sama-samalah berdoa semoga roh mereka mendapat tempat yang paling mulia di sisi Allah SWT..amin

Tuesday, May 10, 2011

salam dari Riyadh Saudi Arabia

patutnya lah aku terjaga awal hari ni ,terkebil2 di atas katil,smbil memberi text massage pada kanda tersayang..ada panggilan dari Siti Rozita menyatakan Paulyn sedang bersedih menerima perkhabaran ibunya meninggal dunia pagi tadi..segera aku bersiap untuk ke kediamannya yang agak2 500meter jaraknya dari apartment yang aku tinggal..
setibanya di rumah paulyn,aku menekan call bell,dia membuka pintu dengan wajah yang amat sugul dan mata yang bengkak,segera aku memeluknya untuk menenangkan.dia menangis teresak-esak,.menangislah sepuasnya lyn..bisikku..
selepas beberapa jam,sampailah victoria,saila,tiong,roxy dan eulalia, jane dan emily,,semuanya dari pelbagai kerakyatan,kaum dan agama,datang memberi ucapan takziah.
aku membantu paulyn mendapatkan tiket dari internet di bantu juga oleh victoria. sesekali paulyn mendapat panggilan dari keluarga dari malaysia bertanyakan bilakah penerbangannya,,paulyn adalah kakak kepada penyanyi rock yang popular satu ketika dulu,Patricia dari kumpulan Candy,.
alhamdulillah segalanya berjalan lancar,akhirnya paulyn berjaya sampai di rumah semalam..mungkin dia masih dilanda kesedihan yang amat sangat,..

kematian,sesuatu yang amat menakutkan semua orang,,aku menjadi terlalu risau apabila memikirkan keadaan kedua orang tuaku yang sudah menjangkau lewat 60-an,aku tahu..di saat ini mereka teramat memerlukan aku disisi menemani mereka menghabiskan sisa2 umur mereka...

Sunday, May 8, 2011

Pengalaman Mendewasakan

 u will know how heavy is the rock when u carry it by youself..huhuhuhu
pepatah yang aku create sendiri untuk menggambarkan betapa pengalaman itu sgt berguna kepada sesiapa yang melaluinya..


Berat mata memandang berat lagi bahu memikul..aaa ini mungkin sesuai juga..
Sejurus selepas habis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, aku dengan nekadnya memberitahu che dan ayah yang aku hendak bekerja..sementara menunggu keputusan untuk mengurangkan beban mereka.
       Tempat pertama aku mula mengerah tenaga ialah di Kilang Papan Madura, di Songsang dalam daerah temerloh. masih aku ingat,aku dan Maheran bersama2 menaiki bas kilang,untuk memohon jawatan sebagai operator pengeluaran,tugas aku-memasukkan papan sebesar lengan ke dalam mesin dan Mah menunggu dari depan. kami buat kerja tu smpai petang...memang tak tahan panas!! berpeluh-peluh kami berdua bekerja,dan itulah hari pertama dan terakhir Maheran bekerja di kilang tu,balik rumah demam tak bangun seminggu...huhuhuhu
aku sempatlah bertahan smpai sebulan setengah...bukannya apa,duduk dirumah pun bukan ada apa nak buat,bangun,tido,tgk tv,,,smpai badan aku mcm di pam2 dah sihat walafiat pada waktu itu...huhuhu


salam bicara

Diam tak diam..sekarang dah tahun ke empat aku di negara Arab Saudi.,ada yang best ada jugak yang tk best..tapi apa-apapun,ni negara tempat aku cari makan..rezeki aku di negara orang, dengan gaji ciput di Malaysia tambah-tambah lagi tinggal di Kuala Lumpur,Jangankan nak hantar mak bapak ke Mekah,nak hantar ke melancong dalam negeri pun kena fikir banyak kali..
syukur Alhamdulillah ke hadrat ALLAH swt,banyak memberi aku rezeki,ketenangan jiwa,sihat tubuh badan,mampu menjaga kedua orang tuaku,segala nikmat yang tak terhingga,walaupun aku hamba yang sangat hina dan alpa.
    Sebenarnya kerjaya jururawat bukanlah pilihan sebenar aku,masih aku ingat,sejak dari zaman sekolah,apabila ada kawan bercita-cita menjadi jururawat,aku terbayangkan sesuatu yang menakutkan,bau ubat dan darah..alamak..memang aku taknak,,dan bila di tnya apakah cita citaku apabila besar nanti,,aku jawab nak jadi wartawan,boleh kerja di Kuala Lumpur..boleh jumpa artis-artis,boleh masuk tv..
    sehinggalah masa menunggu keputusan SPM,kawan-kawan sibuk mengisi orang UPU dan memilih jurusan yang mereka minat,aku masih terpinga-pinga,,bukannya apa,segalanya terbantut selepas ibuku menjelaskan kemungkinan mereka tidak mampu menghantar aku ke Universiti memandangkan kedudukan kewangan kami yang tidak membenarkan..
ni bukan cerita sedih..aku tk nak bersedih dalam penceritaan ni,aku nak berkongsi..hehehe..aku mendapat satu idea, boleh dikatakan setiap hari aku membeli surat khabar, tak kiralah berita harian atau utusan malaysia,mencari mana2 tanwaran pembelajaran yang membenarkan aku sertai tanpa membayar apa2 yuran atau kos..
ada beberapa borang yang aku isi,,dua daripadanya adalah menjadi juruteknik di petronas dan satu lagi - jurarawat pelatih Tajaan Institut Jantung Negara..dengan menggunakan kertas A4 yang kosong tanpa letter head dan sokongan dari mana2  Yang Berhormat, aku hantar je permohonan..kerana mereka menjanjikan belaun sebnyk rm 400 sebulan..yang pada aku cukup besar...
alhamdulillah..akhirnya aku mendapat kedua dua tawaran tersebut dan aku memilih untuk menjadikan jururawat sebagai kerjaya utama selain juruteknik di petronas.