Friday, July 22, 2011

SeCeBiS kEnAnGaN pArT 5

  "Bangun Na,.pukul 530 dah.."
Terasa bahuku disentuh lembut,,aku yang sedap berselimut membuka mata perlahan-lahan..
kelihatan Che memegang pelita ke sana kemari mencari sesuatu...mungkin mencari baju untuk di pakai ke tempat kerja...
Aku meraba-raba beg sekolah yang diletakkan di kaki tidur.,"Ada.."bisikku perlahan,lega...
    Rumah itu tiada kemudahan elektrik..kami hanya mengharapkan pelita sebagai penyuluh setiap malam. Mula-mula memang aku berasa janggal..bayangkan segala langkah dan perjalanan memerlukan aku memegang pelita,terutama kalau keluar untuk mandi..ingat lagi..kekadang sampai terbersin bila jelaga pelita masuk ke hidung..
       Che sudah menyediakan aku 2 baldi air di belakang pintu rumah yang dia ambil dari perigi...
"brumm!!!!"
Sejukkkk..aku menggigil....mandi kerbau,dengan sedikit sabun popinjay dan selesai mandi aku meraba-raba aku mencari tuala.
Aku masuk ke dalam rumah dengan menggigil kesejukan.Che sudah bersiap-siap memakai baju kerja ladang. Abang Nik masih berselimut.Cemburu betul aku..
Sebelum keluar rumah, Che berpesan kepada Abang Nik supaya membuat itu ini..Abang Nik yang masih berselimut menjawab 'ya' saja..kemudian menyambung tidur.

          Setelah aku bersiap..lebih kurang jam 6 pagi,kami berdua keluar bersama-sama.. Cuaca masih gelap,aku berjalan memeluk tubuh,masih kesejukan..tiada baju sejuk atau sweater..
      Kami menuju ke kedai Mek..di situlah  bas  sekolah  Pok Ya menunggu dan di situ juga tempat Che berkumpul bersama-sama pekerja lain sebelum ke ladang. Suasana di depan kedai Mek memang meriah setiap pagi hari bekerja dan jualan Mek agak laku.
     Seperti biasa mek sudah bersedia dengan  plastik kerepek ubi pedas. Aku masuk ke kedai bersama Che,memilih sarapan..selalunya che membelikan aku nasi lemak atau nasi kerabu..aku makan di meja mkn sebelum menaiki bas.
  
"Nik Nor Azlina.."
"Kenapa datang lambat??"
Aku sengih..memang hari-hari aku ditanya soalan yang sama,sampai pengawas sekolah pun sudah kenal sangat dengan muka aku ni..
   Tapi bukan aku sorang..semua budak yang menaiki bas Pokya akan di tahan,lebih kurang 5 hingga 10 orang.,..bukan salah kami pun..Sg Mai terkenal dengan tempat paling jauh dengan bandar Jerantut kira-kira 20 km waktu itu..Aku pun tak faham kenapa ayah hantar aku ke sekolah jauh-jauh macam ni.,adahal majoriti budak kampung aku bersekolah di Kuala Mai yang hanya 6 km dari rumah kami..

"Tulis nama.." pengawas itu mengarah
"Tulislah.." aku jawab..Aku sengih bila pengawas itu menjeling. Eleh,pakai baju hijau dah eksyen..bisikku..
"Tu apa dalam plastik tu.." pengawas perempuan darjah 6 mengacukan jari ke arah plastik besar merah yang aku bimbit.
"Ni? kerepek pedas..nak?"
    Sempat lagi aku pelawa.."kalau nak nanti gi kelas ya,saya bagi 30 sen satu..,harga sebenar 50sen.." mereka mengangguk senyum..Ada di antara mereka memang dah jadi pelanggan tetap kerepek aku..
   Setelah segalanya selesai,aku berlari-lari anak menuju ke kelas 3 Melati di mana aku ditempatkan. Selalunya bila aku masuk ckigu sedahpun berada dalam kelas. kadang-kadang naik malu juga aku..tapi dah terbiasa.

      Loceng berbunyi menandakan waktu rehat,.Aku berjalan ke kantin berseorangan, bukan tak ada kawan,aku ada Aida dan Faezah. tapi mereka tidak perlu ke kantin segera....semula pelajar yang mendapat 'rancangan makanan tambahan"sudah menunggu.Kami akan bersama-sama membaca doa dan makan apa saja yang di hidang...alhamdulillah..aku tk perlu berlapar lagi dengan adanya bantuan-bantuan seperti itu,..

    Lebih kurang sebulan di rumah pondok bas tu..akhirnya Che mendapat rumah pekerja ladang...
alhamdulillah..kami berpindah lagi...di sini aku sudah pandai mengumpul kawan..yang paling best..Maheran,rumahnya tidak jauh dengan rumahku.,tapi dia bersekolah di Kuala Mai. aku memang mengenali Maheran ni dah lama,tapi sejak tinggal di estet ni kami menjadi lebih rapat.
   "assalamualaikummm"
"abang Nik..Na ada?"
  Aku dengar suara Maheran mencariku..aku yang baru sampai dari sekolah segera keluar..rumah kali ni agak besar,mempunyai 2 bilik..rumah pekerja ladang,..
   "ada-ada" cepat-cepat aku berlari keluar.."Mah! Tunggu aku tukar baju,,"
Maheran mengangguk..Abang Nik menggeleng kepala.."jangan main jauh-jauh Na...!"Pesan abg nik..aku dah hilang tah kemana...

"jauh ke?" tanya aku,
Pertama kali aku di bawa mereka ke tempat paling best katanya..
Mah,Seli,Sedi,Yakob,Lela,Eddy...
"jauh la jugak"
Sedi menjawab..aku agak kepenatan mendaki bukit tinggi ladang sawit..aku tengok Mah dan Seli membimbit guni kosong..
Aku mengerut dahi..manalah diorg ni nak bawak aku...
"kita gi atas bukit..rumah pengurus ladang..situ ada banyk pokok mangga..."
"wah,,,"aku senyum..mesti best...tapi jauh sangat,memang letih sungguh aku...
       Setibanya kami ke destinasi.masing-masing menunjukkan bakat memanjat pokok mangga...terkial-kial aku pada mulanya..Tambah lagi ada 5-6 ekor kerengga naik ke tubuh..adeh memang sakit...
Lela dan Eddy pasangan adik beradik bersedia menunggu di bawah..bersedia menyambut buah mangga yang bakal di petik oleh kami...

"Na,esok kita gi cari tin maniam..."
"tin maniam??" heran juga aku..tak pernah aku dengar tin bernama maniam..
"ya..kita jual..dapat duit.."
Bagus juga kata Sedi ni..
"kitorang selalu cari tin-tin minuman dengan besi,kalau jual dapat duit.."
sampuk Seli,abang kepada Sedi.
"ok..aku ikut.."
Mereka dua beradik lebih kurang sebaya dengan aku. Tetapi mereka tidak bersekolah.

      Keesokannya hari Sabtu.cuti sekolah..kami bersama-sama mencari tin-tin kosong  di belakang kedai runcit mamak...kadang-kadang aku menyelinap ke belakang kedai mek..tin-tin dijual kepada Pakcik Mail,seorang pembeli besi...aku masih ingat...aku memikul seguni tin-tin  minuman kosong menuju ke rumah Pakcik Mail..
"berapa kau dapat??" Seli bertanya.
Aku yang mencuka melihat hasil jualan memandang mereka dengan wajah yang sangat kecewa.
"seringgit" jawabku perlahan..Sedi tersengih..
Nampak wajahku sangat kecewa..manakan tidak,daripada ratusan tin yang aku kutip..hanya beberapa tin saja yang di panggil tin maniam...(alumunium)
Besi yang aku kutip semua Pakcik Mail kata tak boleh pakai..huhuhu
      Sejak dari itu..aku sudah mula pandai memilih tin yang patut dijual..Kadang-kadang  selepas sekolah,aku mengikut abang Nik menaiki traktor masuk ke ladang nursery untuk mengisi bag anak sawit...memang seronok..hasilnya agak lumayan...aku tersenyum puas setelah mendapat bayaran..kalau tak salah aku,satu bag setinggit lutut aku dapat upah 3 sen satu bag...

       24 desember 1988

      tarikh ni sangat keramat. sangat memberi kesan dan bermula dari tarikh ni hidup kami sekeluarga bertukar 360 darjah. 
      ayah yang bekerja sebagai tukang kebun di Kilang kelapa sawit pulang kerja  Seperti biasa , che meminta ayah ke kedai untuk membeli lauk. aku yang tidak bersekolah ( cuti sekolah hujung tahun) memang akan selalu menemani ayah menaiki motosikal.  
    seperti biasa aku bersiap. seronok . perkara pertama aku seronok sebab ayah akan bawak aku ke pekan kuala krau. 
   " sekejap je" ayah kata. Jarak antara rumah dengan pekan kuala krau lebih kurang 15 kilometer.Anggaran aku mungkin sejam. 
   setelah selesai membeli barang, kami bertoalk balik. aku cukup seronok. saat indah waktu kecil adalah ketika ayah bawak naik motor berjalan-jalan. sampai ada orang cakap- Na tu besar atas motor ayah dia je. no plat motor ayah :HONDA EX5 CC 6041

   Sesampai di kawasan estet, aku nampak kawasan perumahan di situ sangat meriah, kanak-kanak bermain di tepi jalan, mungkin sebab hari tu hari minggu, dan musim cuti persekolahan. jam lebih kurang pukul 6 petang. jarak dari estet ke rumah lagi 2 km lebih kurang.

" ayah..nak ais krim'
aku mintak dengan ayah sebab mataku ternampak seorang budak sedang berjalan memegang ais krim. kebetulan ayah lalu di depan kedai. ayah bawa motor agak perlahan. maklumlah di kawasan perumahan. berbukit pula tu. jalan tanah merah. bukan jalan tar.
       " ayah! nak ais krim!" 
aku sedikit menjerit. mungkin sebab ayah tak mendengar suara aku sebab enjin motor agak bising. 
" tak payahla..lewat dah ni" ayah jawab. 
ketika itu, aku nampak ada sebiji kereta putih turun agak laju dari bukit. ayah jadi serba salah. dia cuba untuk mengelak kereta tersebut. 
    ayah membelok ke kanan jalan. ketika itulah..
" boommm"

kuat bunyi rempuhan kereta tu ke arah motor. aku tak sedar dah apa yang berlaku. gelap.

" sorang lagi ni!!!" 
aku buka mata perlahan-lahan. Masih bingung. kat manakah aku. keliling aku gelap. kepala sakit. 
ada seorang lelaki datang. mengangkat dan mendukung aku macam dukung mayat budak tu. mungkin dia ingat aku pengsan/mati.
   rupa-rupanya aku terbang ke dalam longkang akibat rempuhan tu. aku sedar sepenuhnya. cuma kaki aku agak sakit. muka aku pun sakit dan pedih. kepala sedikit pening. mungkin aku terhantuk pada birai longkang? tak pasti. tiada perdarahan.

     lelaki itu letak aku di tepi jalan. ramai betul orang berkerumun ketika itu. antaranya kawan fb aku faizal sinat. 

" naa'" aku pandang ke sebelah kanan.
aku nampak ayah. terbaring sambil mata memndang aku. Allah. terkejut aku tengok keadaan ayah. kaki kiri ayah hancur. tulang terkeluar sana sini. isi peha dan betis juga terkeluar. pada bahagian tumit aku nampak tulang kaki ayah terserpih keluar. darah sangat banyak.

    ada seorang makcik datang memegang ayah. meraung menangis. mereka yang mengerumun kami ni semua kenal ayah sebab ayah orang lama di situ. makcik tu menggunakan kain sarung batiknya untuk menutupi dan mengikat luka di kaki ayah.

      
Abang nik masuk pada waktu melawat. Ada seorang jururawat memanggil ke kaunter. Lama juga Aku lihat abang Nik berbual dengan mereka . kadangkala aku melihat dia mengangguk angguk tanda faham. matanya memandang aku sambil senyum.
Dia datang kepadaku di katil. Sambil tersengih.
" na. dah boleh balik"
aku pun senyum. "Tau dah..Doctor bagitau tadi.."
"Adikk" seorang jururawat wanita, lebih kurang seusia che datang sambil tersenyum.
"balik berehat di rumah pulak ya.. nanti dah baik boleh pergi sekolah semula " aku angguk berulang kali. sebenarnya Aku kenal makcik ni.
Perkenalan kami masa hari pertama aku masuk wad. ayat yang aku ingat- "Anak makcik sebaya awak.sekolah skbj juga"
Saya tanya nama apa anak makcik. Dia cakap suhaili baharuddin
"Kenal.. tapi kami kelas lain-lain."
makcik mengambil berat juga pasal aku. dia beruniform putih. pada aku semua yang beruniform putih adalah jururawat. sebenarnya aku pada mulanya takut kepada orang beruniform putih ni.
tapi bila makcik melayan dengan baik, selalu datang berbual dengan aku, aku jadi selesan
Malam hari ke dua masuk wad, dia bawa suhaili datang melawat..mereka bawa banyak buku dan majalah untuk aku baca. antaranya majalah dewan pelajar, majalah gila-gila , dan yang lain aku lupa dah.

" Nik ambik lah buku ni..buang hilang-hilang boring" kata eli. aku tidak rapat sangat dengan eli di sekolah. tapi bila dia datang menjenguk,Aku sangat seronok. Sebab tak ada kawan sebaya datang melawat.
Yang paling aku ingat,sepupu ayah dari jengka 10 datang. Makcik Mah. Dia uruskan aku ,suap makan, ikat rambut aku, ambil alih tugas abang nik untuk sehari. Lepas waktu melawat dia balik. Aku sunyi semula..
Abang nik?
Kesian tengok keadaan dia. Seminggu aku di hospital,seminggu jugaklah dia di hospital. Tidur di ruang menunggu. Masa ni umur dia 19 tahun. Sepatutnya dia melanjutkan pelajaran. Bila jadi keadaan macam ni,mugnkin dia akan lupakan sementara.
Dia jugak tempat aku melempar cawan kalau aku tak suka minuman. Atau ketika aku memberontak rindukan che dan ayah.
Abang nik. Anak muda yang sedikit pelik. Banyak pelik sebenarnya. Dia tidak mempunyai kawan. sekolah sampai SPM. dari remaja memang dia tidak bersosial sangat. Kawan dia hanyalah aku..akulah tempat dia bercerita, aku dengar dan setuju sahaja walaupun apa yang dia cerita tu kadang-kadang tak berapa logik.
" dr bagi MC. Nanti boleh datang semula, kita x ray, kalau kaki dah okay kita buang simen ni"
ingat lagi kata-kata Doctor ."dengan syarat, jangan berpijak, guna tongkat sepenuhnya"

petang itu abang nik memanggil teksi untuk menghantar kami pulang. jarak hspital jerantut dengan rumah lebih kurang 30 kilometer.
" lina..." aunty berbangsa india. Dia orang pertama yang datang menziarah selepas tiba di rumah. dia Datang membawa biskut ,susu tin,sardin,milo,beras dan beberapa keperluan lagi.
aunty ni ada kedai runcit kecil yang dia buat di dalam rumahnya.

" kalau mau apa2 , kasitau auntie dan uncle tau" dia datang dengan Uncle Nathan. Anak-anak mereka bernama thilaga,yalani,vishnu, mereka adalah jiran selang beberapa biji rumah.
" saya atak ada duit auntie. " kata abang nik
tak pe, ambil dulu, nanti you punya mak balik, boleh bayarlah" kata aunti.
lega sikit abang nik.
dia boleh memasak. nasi goreng. kadang-kadang dia goreng telur dan kisap.

3 hari di rumah, hanya aku dengan abang nik.
Che ada pulang. Dia balik jenguk aku sekejap sebelum pergi semula ke kuantan dengan menaiki bas. ya Allah dapat jumpa dengan che sekejap pun angat bermakna bagi aku. aku terpaksa menghadap saat-saat susah ni dengan abang aku.

duduk seminggu di rumah, aku tidak selesa bertongkat, cuba berpijak. kaki yang masih bersimen seperti merelakan aku berpijak. aku mula berjalan.

dan aku start panjangkan kaki aku. keluar bermain.


"mak aku cakap ayah kau putus kepala pun tak kan dapat satu sen"
Terngiang -ngiang kata-kata tu. Maaf kan aku kawan. Aku post ni bukan niat nak melukakan sesiapa. Tapi kata kata ini mmberi kesan yang kuat pada aku.
Che turun naik pejabat perkeso memohon supaya ayah mendapat sedikit bantuan.


Thursday, July 7, 2011

SeCebiS KeNanGan

FEBUARI 1989....
oiiii!!!
aku yang sedang sibuk mengira guli berpaling...saper pulak yang sergah aku ni..
"ei meknga..mai ngi ghumah angu..ngengek angu mahak hangi.."
apahal pulak si laili ni..aku duk sibuk kira guli..di sibuk ajak aku gi rumh nenek dia..
"ko gi dulu...nanti aku ikut..."
"alaaaa..mangi la...ngengek angu mahak hegap..."
erm...aku bangun..mengikut si laili..
memang si laili ni baik sangat dengan aku...sesengau dia pun..dia tahu erti berkawan..tk seperti kengkawan aku yang lain..apa yang diorang tahu..mengutuk mengeji aku yang sememangnya miskin...
"nenek ko masak apa?"
engah...mangi le hulu.."
dia menaiki anak tangga rumah kayu neneknya...aku mengikut dari belakang"
memang aku lapar ni..dari semalam aku tak makan nasi.
"laili...!!!"
seorang wanita yang berusia lewat 40 an menjengah di pintu. erm.mak wan...neneknya laili...aku agak terkejut mendengar sergahan mak wan yang amat aku kenal itu.tidak lama kemudian,keluar anak muda berumur belasan tahun,Hanifah,bapa saudara kepada laili..menjengil ke arah aku.
"naik!!!kenapa kau bawak dia?? pergi balik!!!"
Hanifah menengking aku.sebak sungguh aku ketika itu.
aku turun semula dari tangga..menggapai tin guli yang aku letakkan di bucu beranda dan berlalu dari rumah.itu//aku nekad berjalan tanpa berpaling.air mata aku mencurah-curah. sampai hati mereka..bisikku...
sebak sungguh dada aku..
   aku duduk termenung di tangga...masih sebak..kenapalah nasib aku macam ni..kenapalah aku tidak berdaya menangkis caci maki jiran-jiran yang tk pernah punya perasaan itu...
"na" suara abang aku...
aku berpaling...abng nik..satu-satunya insan yang aku bergantung harap dan mencurah rasa,,hanya dia yang faham jiwaku ketika itu..
aku menceritakan segalanya pada abng nik..
"hina besi kerana karat..hina manusia kerana miskin..."hanifah tu dah berapa kali nak pukul abang..dia pun benci sangat dengan abang..sabarlah dik..doa pada tuhan banyak2..."
aku mengangguk...hati kecilku berdoa..ya ALLAH..keluarkanlah aku dari kancah kemiskinan ini...
"abang..na lapar"aku menangis..dia memeluk aku memujuk..
"abang masakkan nasi ya..tadi abang gi beli beras kat kedai auntie..dia bg hutang beras dengan sardin..."
aku mengangguk lesu..abang nik menarik tanganku naik ke atas rumah...hati masih membara mengenang HANIFAH sekeluarga...

DESEMBER 2007...

aku nekad berhenti kerja..notis 24 jam..hahahahah punyalah bengang aku punya bos..notis pada hari sabtu,..memang tk patut tindakan aku sebenarnya..tapi aku nekad..sebulan aku akan di rumah..bersama-sama menolong che dan ayah di kedai..sebelum aku berangkat ke arab saudi.
"assalamualaikum..."
suara lembut memberi salam..sekaligus mengganggu tumpuan aku pada cerita crita di TV..lupa dah aku cerita apa..
"waalaikumussalam:
aku menjawab..suara itu agak aku kenal..
"na balik cuti bila?"
ooo//mek wan...bisikku..
"semalam sampai mak wan.."duduklah.."
aku nampak mak wan terketar-ketar berjalan menuju ke sofa..aku mengerutkan dahi..
"mak wan tak sihat ke??"tnyaku sambil bangun menghampiri orang tua itu.,
kurang sihat...dah banyk hari mak wan tk mkn nasik..."
erm...
memang nampak pucat org tua ni..bisik aku..
"mak wan minum susu ya...bg tenaga."..aku berbisik lembut.
"macam mna nak minum..nak beli pun tak mampu.."
ermmm.. "takpe..nanti esok na belikan untuk mak wan..."
aku tengok wajahnya sedikit ceria...
mak wan baliklah berehat...nampak penat sangat tu...
ya lah...
dia berlalu..aku memerhati dari jauh..sebak melihat kehidupan daif mak wan yang di abaikan anak2..
aku mengeluh..betul lah hidup ini ibarat roda,sekejap di atas sekejap di bawah....
"haaaa!!"
terkejut aku dengan suara ayah" dia yang tempang kaki kiri berjalan terhenjut2 menghampiri aku yang masih memerhatikan kelibat mak wan.
"kenapa baik sangat dengan dia..tak ingatkah apa dia buat dengan na masa na kecik2 dulu?"
dengan muka mencuka ayah menegur. aku senyum sendiri..

3 hari kemudian..
aku mendengar perkhabaran mak wan telah meninggal dunia..hati kecilku menangis..kesian..dari seorang yang sungguh gah dan berada.,berakhir dengan kematian yang memilukan...
alhamdulillah..sempat arwah merasa susu pemberianku...
jenazahnya di bawa pulang ke masjid berhampiran. Aku ke sana membantu mereka membaca yasin dan menguruskan jenazah. nampak kelibat Hanifah sibuk menguruskan soal2 pengebumian.
ada juga anak cucu menemani..termasuk laili..tapi waktu ini laili sudah tidak mengenali aku. maklumlah hampir 20 tahun tidak berjumpa, dia mengikut ayahnya berpindah dan selepas itu kami terus terputus hubungan.mungkin dia un sudah lupakan aku...tapi aku, seinci pun tidak pernah melupakan zaman kanak2 ku yang gelap....

che ada memeberitahu..anak arwah ada menyampai pesan..sebelum arwah meninggal..arwah tidak henti2 menceritakan perihal aku kepada mereka...aku menghela nafas...
semoga roh allayarham makwan tenang di sisinya...alfatihah...






Aku pulang dari sekolah seperti biasa. Bas Pakcik Zakaria yang macam ulat bulu tu memang slalu lambat. pukul 230 ptg baru aku smpai. Tak kisah..bukan ada sesiapa pun di rumah..che dah hampir 2 minggu di Kelantan menemani ayah yang berubat di sana..yang ada hanya Abang Nik...tiada yang menceriakan aku waktu itu...semua hambar..
sesampai di perhentian bas..aku yang masih kesakitan akibat patah kaki berjalan perlahan menuruni tangga bas..abang nik sudah sedia menunggu. dia mengambil beg sekolahku yang berat dan kami berjalan bersama-sama menuju ke rumah.
dari jauh aku nampak 2 orang kanak-kanak berusia lingkungan 3 hingga 8 tahun bermain2 ni halaman rumah..aku hairan..
"siapa tu abang?"
aku terpinga-pinga melihat 2 budak yang bukan main lagi ketawa girang itu. abang tunduk dan berbisik.."itu anak Agus,mereka akan tinggal di rumah kita,,mereka nak kita pindah segera,,"
"kenapa?"aku masih tidak mengerti,siapa orang asing yang datang tnpa diundang ni...
"tadi tuan pengurus kilang datang jumpa abang..mereka beri kita tempoh seminggu untuk pindah"
Ya Allah..aku terkedu..segera aku melintasi mereka masuk ke dalam rumah.
 abang mengekori dari belakang.


"Na!" jangan masuk bilik tu lagi...itu bukan bilik che..mereka dah masukkn semua barang mereka..malam ni kita tidur di ruang tamu."
sebak dada aku..che,ayah..pulanglah...tolonglah kami...

"aaaa..siapa ni Nik? adik?"
seorang wanita lingkunagn leat 20-an keluar dari dapur sambil memandang ke arah kami dengan muka yang manis.
"ini kak senah,isteri abag agus.."
aku menghulur tgn bersalam..tapi hatiku sangat sedih,mulai saat ini,aku kena tinggal bersama mereka..

aku masih ingat,kami berkongsi dapur,kuali,pinggan mangkuk dan segala perkakas rumah termasuk tv. setiap kali aku pulang dari sekolah,aku akan duduk di bucu ruang tamu untuk menyiapkan kerja sekolah sebelum keluar bermain.apalah yang aku tahu ketika itu..

satu hari ketika aku berjalan melintasi taman permainan..
"adik.."
aku memandang kearah suara yang memnggil,aku mengerut dahi..aku kenal abng ni..
"mari sini..."
aku menghampiri anak muda yang aku kenal dengan nama abang Ali..
"dah makan...?"
dah...jawabku sambil tersenyum..sesekali aku mengelap peluh dengan lengan baju lusuh yang aku pakai
"ayah macam mana.."
ayah masih di kelantan,,,abang kata kaki ayah hampir putus..ayah dh tk boleh kerja lagi..."
jawabku jujur...dia yang mendengar mengagguk tnda faham,
aku nampk dia menyeluk poket seluarnya,
"ermm..nah..."ambik ni buat belnja sekolah...
terbeliak mata aku seketika melihat note 10 ringgit pemberian Abang Ali..aku mengambil dengan penuh hormat.
"terima kasih"
saat itu aku berbisik pada diri sendiri...orang ini akan aku ingat sampai bila-bila...

Sabtu,,
Ibuku,,,yang mesra dipanggil Che pulang dari Kelantan.,,,
aku dapat melihat perubahan air muka Che ketika dia mula sampai di muka pintu. ketika itu aku sedang menonton tv,manakala senah sibuk memasak untuk agus dan anak2nya.
Che datang menghampiriku.aku memeluk che sekemas-kemasnya..ahhh terubat rinduku..lega che sudah pulang.
"kak.."
senah keluar dari dapur dan bersalam dengan che..aku melihat mereka membincangkan sesuatu mengenai perihal rumah..sesekali aku melihat che menyeka airmata...
Malam itu aku,che dan abg nik tidur di ruang tamu. .che dan abg nik berbincang sesuatu..kemanakah tujuan kami selepas ini...



"bagilah kami masa seminggu lagi tuan..sementara menunggu rumah kami siap.."
"tak boleh dah kak..ini pun dah kira lama sangat dah ni."kasar suara lelaki ni...
aku memandang kerani kilang itu dengan tajam,,mau rasanya aku gigit telinga dia sampai putus...
"Mukhtar dah 4 bulan tk bekerja dan secara automatik dia diberhentikan.."
che menangis..."
"dia sakit tuan..bukannya dia sengaja tknk kerja"abg nik pula bersuara...tapi lelaki itu seolah-olah tidak menghiraukan kata2 abg nik.
sebentar kemudian Agus dtg menyampuk..
"kami pun sampai bila nak tunggu..dah sebulan kami masuk rumah ni,mereka ni degil tak nak pindah2.."
cesss,,,aku memang panass dengan ucapan itu..
aku lihat che menangis lagi...
apalah dayaku ketika itu untuk bersuara....

akhirnya kami keluar juga dari rumah itu, kami hanya membawa bungkusan kain baju dan sedikit peralatan dapur, che jual Tv pada senah...dia berjanji denganku untuk menggantikan yang baru...aku diam..semua tu tk penting bg aku....
nasib baiklah tiada perabot atau perhiasan rumh...kalau tidak susah juga untuk berpindah..dengan meminjam motosikal milik kak esah,kami selamat berpindah ke Estet...yang kira2 2 kilometer jauh dari rumah lama..

"mari masuk"
Mek,,,,insan berhati mulia...yang tk putus-putus menolong kami sekeluarga...menyambut dengan senyuman..
isteri pok nik ya...yang sgt popular di Sg Mai ketika itu kerana mempunya kedai runcit dan kedai makan....
mari..mek bg kita tumpang rumah ni sementara rumh kita siap...bisik che..
aku mengangguk faham..mulia hati mek ni..bisikku..
"tidur je lah kat mna2.." bilik shida boleh,bilik mek pun boleh...
itu jawapan mek bila dia mendengar aku bertnya di mana aku nk tidur mlm tu..
memang rumah mek yang berkonsepkan kedai kampung mempunya banyk bilik..seingat aku lebih kurang 5 bilik dan 2 bilik mndi.
Shida yang montel gebu menyambut aku dengan mesra...dia yang setahun berusia dariku memang ramah dan kami agak rapat..
 hampir sebulan menumpang di rumah Mek..rutin aku, tidur merata,kadang2 di sofa diluar kedai,kadang2 di bilik shida,kadang2 dibilik mek,.memang kehidupan aku sangat tidak terurus ketika itu. mujurlah pelajaran aku tak terabai..aku rajin kesekolah sebab che selalu berpesan,nak jadi orang bagus, kena pandai...
tapi aku memang tiada masa untuk belajar..apa yang aku dapat hanyalah semasa cikgu mengajar di dalam kelas semata-mata


" Hei..bangun..ko ambik tempat duduk aku!"

erm...aku kenal sangat suara sergahan tu..Anis..aku memang hairan dengan perangai dia sorang ni,.aku tak tahu kenapa dia benci sangat dengan aku,Nak kata aku lebih dari dia.apalah yang aku ada untuk dia cemburukan aku,dah la miskin,comot,..lainlah dia,mak ayah orang kaya,dia pun selalu bangga sebab ramai orang puji dia cantik..

"Dengar tak? "ke ko pekak??"

erm...
"Na..bangun la..tempat Anis ni..memang dia cop dah tempat ni..."
Surya menegur aku..agak perlahan suaranya,
aku yang pada mulanya tidak mempedulikan mereka berpaling memandang ke wajah Surya.nampak jelas diwajahnya serba salah.Bas masih belum berjalan. aku lihat banyk lagi tempat kosong..memang Anis ni saja cari pasal dengan aku..

Malas aku nak cakap banyk...memang aku menyampah dengan muka mengada-ngada si Anis. Aku bangun,surya sengih bila aku menjeling ke arahnya.

"Eh Surya...ko tau tak..mak aku kata..ayah dia tu kalau mati,mati katak je..satu sen pun tk dapat.."
a ah ya...surya menyampuk..
"mak aku pun kata..Pak Tar tu..kalau putus kepala pun tak dapat apa.."

menyeringau darah aku naik ke kepala..
aku yang sudah melabuhkan punggung di kerusi lain bangun menjengil ke arah mereka.
"apa tengok2?" Anis menyergah aku..
aku lihat beberapa budak sekolah turut memandang ke arah kami..mau rasanya aku bangun dan menghantuk kepala 2 orang budak yang aku tk tahu macam mna mak ayah mereka mengajar mereka...alhamdulillah,biar susah macam ni dari mempunyai perangai seperti mereka.

"hei hei duduk duduk!!!"
pakcik Nordin konduktor bas menengking selepas melihat suasana panas antara kami.
aku duduk kembali... malas melayan perangai gila si Anis...

Petang itu aku pulang ke sekolah seperti biasa. aku menukar pakaian sekolah yang meletakkan di dalam baldi khas yang che sediakan untuk kami di rumah mek.
Selalunya che akan mencuci sebaik sahaja aku pulang dr sekolah.

Kemudian aku akan ke kedai depan untuk melihat apa yang boleh mengalas perutku ni..Che sesekali menolong mek menyediakan makanan kepada pelanggan..mek juga mempunya anak-anak yang membantu..seingat aku,aku jarang di sapa mereka,.tapi aku tk kisah..aku sedar yang aku hanya menumpang di rumah itu..dapat berteduh pun dah kira baik...

"Kita tak boleh lama di rumah ni.."bisik che pada suatu malam. Abang nik mengangguk setuju.
"che bukannya apa...che segan sangat dengan mek. kita dah banyk menyusahkan dia. hutang pun dah cecah ribuan ringgit"
aku faham sangat waktu itu..ingat lagi setiap pagi,che tidak memberikan aku wang belanja sekolah,aku bergantung harap pada upah menjual kerepek ubi pedas yang mek berikan aku untuk dibawa dan dijual ke sekolah,alhamdulillah kerepek aku memang laku. sebungkus aku jual 50 sen.
"che memang takde duit ke..."tanyaku jujur..abg nik disebelah mencuit aku tanda tidak setuju dgn soalan itu.. che tetap nampak tenang.
"che tak de duit na..che tak kerja..duit simpan semua dh habis..ayah sakit,,"
erm...
"sebab tu che ingat lepas ni che nk cuba mintak kerja ladang..."
keluh che.
aku tunduk..alangkah bagusnya kalau aku sudah besar waktu ini,boleh aku bekerja untuk meringankan beban che...

"kita masuk je lah rumah yang sedang buat tu...che dah bgtau Wak Ibrahim yang che tk ada duit lagi untuk membayr upah"
kita duduk je lah dengan apa yang ada...Wak dah tk nak buat rumah tu selagi kita tk bayar.
erm..."bila pindah?"tnyaku lagi
"esok.."
aku dengan abg nik berpandangan.

esoknya...
rumah kami sangatlah mengejutkan aku.
sebesar bas stop. tiada lantai-berlantaikan tanah. tiada dapur,tiada tandas...hanya pangkin untuk tidur dan tempat meletakkan barang.
sebak dada aku...mandi,basuh baju,basuh pinggan..segalanya di belakang rumah,air dari sumber perigi yang lama ditinggalkan..tuhan je tahu waktu itu.
"Na duk dengan Abang Cha la"
Aku yang duduk di tepi Che tersenyum senyum malu. Dalam hati ni berkata,tak payahlah nak pisahkan aku dengan keluarga aku..Aku mencuit Che,risau juga sebenarnya...pangkin yang kami duduk penuh dengan kain baju yang tak berllipat..
Abang Cha sekeluarga datang menjenguk dari felda keratong 1. Kami tidak punya pertalian darah tapi setahu aku,memang dia dengan keluarga kami.,agak rapat sehingga dia memanggil ayahku sebagai 'ayah'.
"Payah nak tukar-tukar sekolah..."
Abang Nik mencelah..mugkin dia pun tk selesa dengan pelawaan abang Cha.,maklumlah,aku ni sorang je adik dia,nanti tak ada kawan bergaduh pulak,,
Abang Cha sengih..mungkin dia pun ajak ajak ayam. Anak dah macam team bola sepak,larat ke nak tambah aku sorang lagi...
"Rumah ni kecik sangat la .."
Abang Cha mula mengomel, sambil dia meninjau-ninjau ke sekeliling.
"Takpe lah Cha,buat sementara...lagipun Che dah mintak kerja dalam ladang,mungkin seminggu dua lagi pindah ke berek estet.."
Abang Cha mengangguk tanda setuju/
Che bukan tak pernah bekerja. semasa mengandungkan dan melahirkan aku pun,dia memang pekerja ladang. cuma selepas ayah mendapat kerja yang lebih bagus,dia ambil keputusan untuk menjadi suri rumah..dan kali ini nampak gayanya dia terpaksa bekerja semula untuk menanggung kami sekeluarga.

"Assalamualaikumm..."
Kami semua berpaling ke arah pintu.."
Aku melihat susuk tubuh kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 7 tahun tersengih-sengih menampakkan giginya yang rongak.
"Kak Na ada?"
heh,,,ada..
Aku cepat-cepat keluar...kawan baru aku...namanya Azman...dia tinggal betul-betul di depan rumah aku..
"kak Na...Man jumpa kura-kura"
"ha??mana?"
"jom..ada kat belakang rumah man...nenek simpan dalam besin.."
"jomm..."
Dengan semangatnya aku dengan Azman berjalan beriringan menuju ke arah rumahnya..tak sabar untuk melihat kura2...Azman tinggal dengan neneknya,Makcik Jimah..dia merupakan anak angkat kepada keluarga Hasyim,iaitu anak Makcik Jimah,..
"Wahhh....cantik..."seronok betul aku..kura-kura berwarna hijau dan mempunya kulit yang tajam-tajam..seperti yang banyk terdapat di kedai2 sekarang.
"Kura-kura ni kita kongsi ya..hari ni Man jaga..esok kak Na jaga..."
aku senyum...seronok....
"Dia makan apa erk.."
"Nenek kata dia makan daun-daun.."kata Azman..Aku mengangguk tanda faham.
"Malam ni kita ke masjid ya,,,"aku mengajak Azman..dia mengesat hingusnya dengan lengan baju sambil tersengih seronok...maklumlah baru dapat kawan...

Malam itu kami ke masjid bersama-sama..masjid hanya kira kira 200 meter dari rumah kami. Masih aku ingat Azman mengenakan pelikat dan kopiah di kepala.Aku mengenakan baju kurung..masih aku ingat suasana di masjid agak meriah setiap malam,dihadiri ramai kanak2..mungkin mengikuti bapa mereka berjemaah..

"Oi Azman.! "
Aku melihat sekumpulan kanak kanak lelaki datang menghampiri kami. Mereka merenung tajam ke arah Azman.
Aku lupa kenapa...sedikit pertengkaran berlaku..
Aku lihat seorang budak lelaki agak agresif dengan Azman.Memang aku geram dengan budak tu...
"Azman berlagak..mentanglah ada kawan baru"
mereka mengejek. aku lihat azman sedaya upaya mahu melawan mereka..
aku menarik tangan Azman,cuba meleraikan dia dari bergaduh dengan budak2 nakal tu..
"Pengecut la ko Azman"
Ermm..melampau budak2 ni..
aku menghampiri budak yang bersuara tu..dengan muka serius aku menolak bahunya.budak tu menyeringai sakit..tapi dia tidak melawan.malah tersenyum..cesssssssss
"Nama apa kawan ko ni Man?" sempat dia bertanya
"Ko tanya lah sendiri.."
Azman menjawab sombong..
Aku menarik semula tangan azman..naik ke masjid...aku ke arah perempuan.dan aku nampak azman duduk di sebelah Abang  Nik yang turut berjemaah.Che yang sudah siap bertelekung merenung tajam ke arah aku..marah dia sebab aku banyak bermain dari duduk..
Aku mengenakan telekung pemberian imam masjid ketika itu..Tok Daud...mungkin dia simpati dengan aku kerana hanya mengenakan kain batik untuk di buat sembahyang...
        Begitulah rapatnya aku dengan Azman..kami berkongsi kura-kura,sama -sama mencari kangkung atau dedaun untuk makanan kura-kura....setiap petang dia akan ke rumah,kami akan keluar bermain bersama-sama..bermacam permainan,guli,kutip tin,main bola,semuanya hanya berdua...dia pun tk ada kawan lain.neneknya tidak benarkan dia berkawan selain aku.
 Sehinggalah pada suatu hari...kami berbalah..kura-kura milik kami hilang.
Aku betul2 menyalahkan Azman kerana cuai.
Dia datang ke rumah beberapa kali untuk meminta maaf..tapi aku tk layan..malas nak tengok..menyampah sangat tengok muka dia....

"Na..Azman masuk hospital.."
Aku yang baru pulang dari sekolah agama terkedu.
"kenapa?"
"Entah..tiba-tiba je dia pengsan masa balik dari sekolah"
Menyirap darah naik kepala. Dalam hati ada seribu penyesalan. Kenapalah aku melayan Azman sebegitu..
"Hospital mana?"
"Mentakab"masuk icu.."
Erm..Mentakab terlalu jauh..macam mna aku nak pergi melawat..
Che dan Abng Nik bercerita mengenai keadaan Azman yang mereka dengar dari jiran-jiran
Seminggu aku asyik mengikuti perkhabaran mengenai azman,,aku selalu menunggu kalau ada orang di rumahnya,tapi senyap sunyi..Makcik Jimah berada di hospital menemani Azman..
Aku menunggu dan selalu bertanya Che..tapi hasil aku dapat sungguh mengecewakan,Azman makin tenat..
sehinggalah suatu hari..
aku rasa dunia aku berpinar...
Azman meninggal dunia...

Aku duduk termenung di tangga masjid menunggu jenazah Azman tiba dari hospital. Aku lihat budak2 yang selalu membuli azman turut sugul..mereka dtg menghampiriku..menghulurkan salam perdamaian.nama mereka Fendi,Adi,Nosie dan sorang lagi aku dah lupa..
aku menyambut salam mereka..tapi jiwa aku betul-betul tak tenang..
Jenazah azman sampai kira2 jam 4 petang untuk di mandikan dan dikapankan...aku duduk di sebelah azman dan naluriku tidak putus-putus  meminta maaf...wajahnya nampak sungguh tenang....sehinggalah jenazah di semadikan..aku berada dicelah-celah orang yang ramai..memerhati dari jauh...Selamat tinggal Azman..

Malam itu..
"Na.." aku yang termenung di tangga masjid berpaling
Fendi dan adi datang menghampiri..mereka nampak sedih..
"Fendi menyesal sgt buat azman mcm tu.."
Ermm..
Dialah yang selalu buli Azman. aku hanya diam..
"Jom kita gi minta maaf dengan dia.."
Saranan Nosie dipersetujui rakan-rakan lain..aku jugak begitu teruja...

Malam itu..kami berlima ke tanah perkuburan..aku menunjukkan mereka di mana kubur Azman..dan masing2 berdoa memohon maaf dan bersedekah fatihah kepada arwah,.airmata aku tk henti-henti mengalir..aku kehilangan..  "Bangun Na,.pukul 530 dah.."
Terasa bahuku disentuh lembut,,aku yang sedap berselimut membuka mata perlahan-lahan..
kelihatan Che memegang pelita ke sana kemari mencari sesuatu...mungkin mencari baju untuk di pakai ke tempat kerja...
Aku meraba-raba beg sekolah yang diletakkan di kaki tidur.,"Ada.."bisikku perlahan,lega...
    Rumah itu tiada kemudahan elektrik..kami hanya mengharapkan pelita sebagai penyuluh setiap malam. Mula-mula memang aku berasa janggal..bayangkan segala langkah dan perjalanan memerlukan aku memegang pelita,terutama kalau keluar untuk mandi..ingat lagi..kekadang sampai terbersin bila jelaga pelita masuk ke hidung..
       Che sudah menyediakan aku 2 baldi air di belakang pintu rumah yang dia ambil dari perigi...
"brumm!!!!"
Sejukkkk..aku menggigil....mandi kerbau,dengan sedikit sabun popinjay dan selesai mandi aku meraba-raba aku mencari tuala.
Aku masuk ke dalam rumah dengan menggigil kesejukan.Che sudah bersiap-siap memakai baju kerja ladang. Abang Nik masih berselimut.Cemburu betul aku..
Sebelum keluar rumah, Che berpesan kepada Abang Nik supaya membuat itu ini..Abang Nik yang masih berselimut menjawab 'ya' saja..kemudian menyambung tidur.

          Setelah aku bersiap..lebih kurang jam 6 pagi,kami berdua keluar bersama-sama.. Cuaca masih gelap,aku berjalan memeluk tubuh,masih kesejukan..tiada baju sejuk atau sweater..
      Kami menuju ke kedai Mek..di situlah  bas  sekolah  Pok Ya menunggu dan di situ juga tempat Che berkumpul bersama-sama pekerja lain sebelum ke ladang. Suasana di depan kedai Mek memang meriah setiap pagi hari bekerja dan jualan Mek agak laku.
     Seperti biasa mek sudah bersedia dengan  plastik kerepek ubi pedas. Aku masuk ke kedai bersama Che,memilih sarapan..selalunya che membelikan aku nasi lemak atau nasi kerabu..aku makan di meja mkn sebelum menaiki bas.
 
"Nik Nor Azlina.."
"Kenapa datang lambat??"
Aku sengih..memang hari-hari aku ditanya soalan yang sama,sampai pengawas sekolah pun sudah kenal sangat dengan muka aku ni..
   Tapi bukan aku sorang..semua budak yang menaiki bas Pokya akan di tahan,lebih kurang 5 hingga 10 orang.,..bukan salah kami pun..Sg Mai terkenal dengan tempat paling jauh dengan bandar Jerantut kira-kira 20 km waktu itu..Aku pun tak faham kenapa ayah hantar aku ke sekolah jauh-jauh macam ni.,adahal majoriti budak kampung aku bersekolah di Kuala Mai yang hanya 6 km dari rumah kami..

"Tulis nama.." pengawas itu mengarah
"Tulislah.." aku jawab..Aku sengih bila pengawas itu menjeling. Eleh,pakai baju hijau dah eksyen..bisikku..
"Tu apa dalam plastik tu.." pengawas perempuan darjah 6 mengacukan jari ke arah plastik besar merah yang aku bimbit.
"Ni? kerepek pedas..nak?"
    Sempat lagi aku pelawa.."kalau nak nanti gi kelas ya,saya bagi 30 sen satu..,harga sebenar 50sen.." mereka mengangguk senyum..Ada di antara mereka memang dah jadi pelanggan tetap kerepek aku..
   Setelah segalanya selesai,aku berlari-lari anak menuju ke kelas 3 Melati di mana aku ditempatkan. Selalunya bila aku masuk ckigu sedahpun berada dalam kelas. kadang-kadang naik malu juga aku..tapi dah terbiasa.

      Loceng berbunyi menandakan waktu rehat,.Aku berjalan ke kantin berseorangan, bukan tak ada kawan,aku ada Aida dan Faezah. tapi mereka tidak perlu ke kantin segera....semula pelajar yang mendapat 'rancangan makanan tambahan"sudah menunggu.Kami akan bersama-sama membaca doa dan makan apa saja yang di hidang...alhamdulillah..aku tk perlu berlapar lagi dengan adanya bantuan-bantuan seperti itu,..

    Lebih kurang sebulan di rumah pondok bas tu..akhirnya Che mendapat rumah pekerja ladang...
alhamdulillah..kami berpindah lagi...di sini aku sudah pandai mengumpul kawan..yang paling best..Maheran,rumahnya tidak jauh dengan rumahku.,tapi dia bersekolah di Kuala Mai. aku memang mengenali Maheran ni dah lama,tapi sejak tinggal di estet ni kami menjadi lebih rapat.
   "assalamualaikummm"
"abang Nik..Na ada?"
  Aku dengar suara Maheran mencariku..aku yang baru sampai dari sekolah segera keluar..rumah kali ni agak besar,mempunyai 2 bilik..rumah pekerja ladang,..
   "ada-ada" cepat-cepat aku berlari keluar.."Mah! Tunggu aku tukar baju,,"
Maheran mengangguk..Abang Nik menggeleng kepala.."jangan main jauh-jauh Na...!"Pesan abg nik..aku dah hilang tah kemana...

"jauh ke?" tanya aku,
Pertama kali aku di bawa mereka ke tempat paling best katanya..
Mah,Seli,Sedi,Yakob,Lela,Eddy...
"jauh la jugak"
Sedi menjawab..aku agak kepenatan mendaki bukit tinggi ladang sawit..aku tengok Mah dan Seli membimbit guni kosong..
Aku mengerut dahi..manalah diorg ni nak bawak aku...
"kita gi atas bukit..rumah pengurus ladang..situ ada banyk pokok mangga..."
"wah,,,"aku senyum..mesti best...tapi jauh sangat,memang letih sungguh aku...
       Setibanya kami ke destinasi.masing-masing menunjukkan bakat memanjat pokok mangga...terkial-kial aku pada mulanya..Tambah lagi ada 5-6 ekor kerengga naik ke tubuh..adeh memang sakit...
Lela dan Eddy pasangan adik beradik bersedia menunggu di bawah..bersedia menyambut buah mangga yang bakal di petik oleh kami...

"Na,esok kita gi cari tin maniam..."
"tin maniam??" heran juga aku..tak pernah aku dengar tin bernama maniam..
"ya..kita jual..dapat duit.."
Bagus juga kata Sedi ni..
"kitorang selalu cari tin-tin minuman dengan besi,kalau jual dapat duit.."
sampuk Seli,abang kepada Sedi.
"ok..aku ikut.."
Mereka dua beradik lebih kurang sebaya dengan aku. Tetapi mereka tidak bersekolah.

      Keesokannya hari Sabtu.cuti sekolah..kami bersama-sama mencari tin-tin kosong  di belakang kedai runcit mamak...kadang-kadang aku menyelinap ke belakang kedai mek..tin-tin dijual kepada Pakcik Mail,seorang pembeli besi...aku masih ingat...aku memikul seguni tin-tin  minuman kosong menuju ke rumah Pakcik Mail..
"berapa kau dapat??" Seli bertanya.
Aku yang mencuka melihat hasil jualan memandang mereka dengan wajah yang sangat kecewa.
"seringgit" jawabku perlahan..Sedi tersengih..
Nampak wajahku sangat kecewa..manakan tidak,daripada ratusan tin yang aku kutip..hanya beberapa tin saja yang di panggil tin maniam...(alumunium)
Besi yang aku kutip semua Pakcik Mail kata tak boleh pakai..huhuhu
      Sejak dari itu..aku sudah mula pandai memilih tin yang patut dijual..Kadang-kadang  selepas sekolah,aku mengikut abang Nik menaiki traktor masuk ke ladang nursery untuk mengisi bag anak sawit...memang seronok..hasilnya agak lumayan...aku tersenyum puas setelah mendapat bayaran..kalau tak salah aku,satu bag setinggit lutut aku dapat upah 3 sen satu bag




Wednesday, June 22, 2011

Alahai Jiran...

Menulis bukan untuk membuka keburukan atau kebaikan orang...tetapi berkongsi dan adakalanya menginsafi diri kerana sebagai manusia..kita memang tidak lari dari melakukan kesilapan..

  Kali ini aku ingin berkongsi cerita mengenai kelompok manusia yang bergelar JIRAN..aku membesar dalam suasana kampung...(sebenarnya separa kampung) gabungan ESTET dengan Kampung Gong Halt..memang aku terdedah dengan institusi kejiranan ni..semua kawan2 aku adalah anak2 kepada jiran-jiran aku..dan pada masa itu aku sebenarnya tidaklah terlalu tahu atau mengambil tahu mengenai erti semngat kejiranan itu sebenarnya..

    Apabila meningkat remaja dan dewasa..aku mula sedar sedikit demi sedikit dan sudah mula menilai..sebenarnya bukan senang hidup berjiran.,selalu ada rasa tidak puas hati,komplen itu komplen ini,mengata itu mengata ini..semuanya banyaknya berdasarkan dari sifat hasad dan dengki..Jiran A tidak puas hati sebab Jiran B sambung rumah,Jiran B tak puas hati sebab suami jiran A naik pangkat atau naik gaji..hasad..dengki...sakit hati...
dan semakin lama semakin parah..dan akhirnya bermasam muka dan berlakulah perbalahan..maka selepas itu tiadalah maknanya lagi hidup berjiran.
aku terbaca satu artikel mengenai kejiranan ini..penulis mengatakan hubungan jiran itu lebih daripada saudara mara kerana apabila berlaku sakit atau kematian,kepada merekalah dahulu kita memohon pertolongan..so kalau bergaduh bermasam muka...

Apabila aku berhijrah ke kuala lumpur..aku sudah tidak mengenali siapa jiran aku..tambahan lagi sekarang...tapi kadang2 bagus juga..privasi dan peribadi terasa selamat dan terjaga..tidak perlu mempunyai jiran sekiranya hanya menyakitkan hati...

dalam al-Quran menuntut kita berbuat baik kepada jiran..berlakukah di Kampung aku???wallahualam...

Monday, June 20, 2011

Nasib Amah Indon di Arab Saudi.....

di RIYADH airport..

kakak..kamu dari mana ya'
seorang gadi genit bejubah merah..menyapaku dengan senyuman manis..
aku agak tidak selesa dengan teguran minah indon yang nampak begitu friendly sebenarnya,,

'dari sini lah..' aku menjawab dengan loghat indonesia juga..mereka yang dtg secara berkumpulan duduk beramai ramai di gate nombor 16..penuh dengan warga indonesia yang genit-genit..ada yang berjubah,berlitup,..ada juga yang memakai jeans ketat,membiarkan rambut terburai..ada yang bercakap tak henti-henti,ada juga yang sugul..mungkin masih mengenangkan keluarga yang ditinggalkan..
'kakak dari Malaysia ya..'
aku mengangguk smbil tersenyum...

'kami semua ini dari indonesia..agensi menghantar kami untuk menjadi orang gaji di sini..'
bagus betul gadis ini..cukup ramah dia bercerita..mungkin juga untuk mengubat lara di hati..

'kenapa tidak ke Malaysia?' tanyaku jujur..

'malaysia bayarannya enggak lumayan sama seperti di sini..'
di sini bayaran yang dijanjikan dalam 800 hingga 1200 riyal sebulan...bergantung pada majikan..'
'tetapi di malaysia kamu bebas,,,di sini kamu tidak boleh keluar atau menghubungi sesiapa..'
dia terkedu..'Malah aku banyk dengar yang pembantu di sini tidak di layan dengan baik...'

"Enggak apalah kak..saya berserah pada tuhan saja,,"di mana2 pun ada orang baik dan tidak baik...bisiknya lembut..

Ada sedikit penyesalan hadir dalam diri aku..tidak sepatutnya aku berbicara begitu.

'kamu kena banyk bersabar ya..moga ALLAH melindungi kamu..'kata2ku yang terakhir sebelum kami mengucapkan selamat tinggal..

Sedih betul aku bila mengenangkan nasib pembantu rumah warga indonesia yang dihukum pancung di negara ini sehinggakan menimbulkan kemarahan dari negara republic itu..mungkinkah dia gadis yang pernah aku temui setahun lalu...alfatihah kepada allahyarham...hanya ALLAH yang meha mengetahui di sebalik kejadian...

Tuesday, May 24, 2011

AL-FATIHAH

     Kisah tanah runtuh melibatkan anak-anak yatim di Ulu Langat sangat menarik perhatian aku. ia cukup membuatkan aku hilang slera makan dan merenung memikirkan dan membayangkan betapa sengsaranya mereka ketika melalui detik-detik yang sangat memilukan itu..tetapi bila difikirkan kembali, Allah maha kaya dan penyayang dan sudah ditakdirkan anak-anak muda ini pergi dengan nilai2 yang baik pada diri mereka..Dan kepada mereka yang tercedera,semoga cepat sembuh dan tabah mengharungi hari-hari yang mendatang..
Alhamdulillah..sama-samalah berdoa semoga roh mereka mendapat tempat yang paling mulia di sisi Allah SWT..amin

Tuesday, May 10, 2011

salam dari Riyadh Saudi Arabia

patutnya lah aku terjaga awal hari ni ,terkebil2 di atas katil,smbil memberi text massage pada kanda tersayang..ada panggilan dari Siti Rozita menyatakan Paulyn sedang bersedih menerima perkhabaran ibunya meninggal dunia pagi tadi..segera aku bersiap untuk ke kediamannya yang agak2 500meter jaraknya dari apartment yang aku tinggal..
setibanya di rumah paulyn,aku menekan call bell,dia membuka pintu dengan wajah yang amat sugul dan mata yang bengkak,segera aku memeluknya untuk menenangkan.dia menangis teresak-esak,.menangislah sepuasnya lyn..bisikku..
selepas beberapa jam,sampailah victoria,saila,tiong,roxy dan eulalia, jane dan emily,,semuanya dari pelbagai kerakyatan,kaum dan agama,datang memberi ucapan takziah.
aku membantu paulyn mendapatkan tiket dari internet di bantu juga oleh victoria. sesekali paulyn mendapat panggilan dari keluarga dari malaysia bertanyakan bilakah penerbangannya,,paulyn adalah kakak kepada penyanyi rock yang popular satu ketika dulu,Patricia dari kumpulan Candy,.
alhamdulillah segalanya berjalan lancar,akhirnya paulyn berjaya sampai di rumah semalam..mungkin dia masih dilanda kesedihan yang amat sangat,..

kematian,sesuatu yang amat menakutkan semua orang,,aku menjadi terlalu risau apabila memikirkan keadaan kedua orang tuaku yang sudah menjangkau lewat 60-an,aku tahu..di saat ini mereka teramat memerlukan aku disisi menemani mereka menghabiskan sisa2 umur mereka...

Sunday, May 8, 2011

Pengalaman Mendewasakan

 u will know how heavy is the rock when u carry it by youself..huhuhuhu
pepatah yang aku create sendiri untuk menggambarkan betapa pengalaman itu sgt berguna kepada sesiapa yang melaluinya..


Berat mata memandang berat lagi bahu memikul..aaa ini mungkin sesuai juga..
Sejurus selepas habis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, aku dengan nekadnya memberitahu che dan ayah yang aku hendak bekerja..sementara menunggu keputusan untuk mengurangkan beban mereka.
       Tempat pertama aku mula mengerah tenaga ialah di Kilang Papan Madura, di Songsang dalam daerah temerloh. masih aku ingat,aku dan Maheran bersama2 menaiki bas kilang,untuk memohon jawatan sebagai operator pengeluaran,tugas aku-memasukkan papan sebesar lengan ke dalam mesin dan Mah menunggu dari depan. kami buat kerja tu smpai petang...memang tak tahan panas!! berpeluh-peluh kami berdua bekerja,dan itulah hari pertama dan terakhir Maheran bekerja di kilang tu,balik rumah demam tak bangun seminggu...huhuhuhu
aku sempatlah bertahan smpai sebulan setengah...bukannya apa,duduk dirumah pun bukan ada apa nak buat,bangun,tido,tgk tv,,,smpai badan aku mcm di pam2 dah sihat walafiat pada waktu itu...huhuhu