Friday, July 22, 2011

SeCeBiS kEnAnGaN pArT 5

  "Bangun Na,.pukul 530 dah.."
Terasa bahuku disentuh lembut,,aku yang sedap berselimut membuka mata perlahan-lahan..
kelihatan Che memegang pelita ke sana kemari mencari sesuatu...mungkin mencari baju untuk di pakai ke tempat kerja...
Aku meraba-raba beg sekolah yang diletakkan di kaki tidur.,"Ada.."bisikku perlahan,lega...
    Rumah itu tiada kemudahan elektrik..kami hanya mengharapkan pelita sebagai penyuluh setiap malam. Mula-mula memang aku berasa janggal..bayangkan segala langkah dan perjalanan memerlukan aku memegang pelita,terutama kalau keluar untuk mandi..ingat lagi..kekadang sampai terbersin bila jelaga pelita masuk ke hidung..
       Che sudah menyediakan aku 2 baldi air di belakang pintu rumah yang dia ambil dari perigi...
"brumm!!!!"
Sejukkkk..aku menggigil....mandi kerbau,dengan sedikit sabun popinjay dan selesai mandi aku meraba-raba aku mencari tuala.
Aku masuk ke dalam rumah dengan menggigil kesejukan.Che sudah bersiap-siap memakai baju kerja ladang. Abang Nik masih berselimut.Cemburu betul aku..
Sebelum keluar rumah, Che berpesan kepada Abang Nik supaya membuat itu ini..Abang Nik yang masih berselimut menjawab 'ya' saja..kemudian menyambung tidur.

          Setelah aku bersiap..lebih kurang jam 6 pagi,kami berdua keluar bersama-sama.. Cuaca masih gelap,aku berjalan memeluk tubuh,masih kesejukan..tiada baju sejuk atau sweater..
      Kami menuju ke kedai Mek..di situlah  bas  sekolah  Pok Ya menunggu dan di situ juga tempat Che berkumpul bersama-sama pekerja lain sebelum ke ladang. Suasana di depan kedai Mek memang meriah setiap pagi hari bekerja dan jualan Mek agak laku.
     Seperti biasa mek sudah bersedia dengan  plastik kerepek ubi pedas. Aku masuk ke kedai bersama Che,memilih sarapan..selalunya che membelikan aku nasi lemak atau nasi kerabu..aku makan di meja mkn sebelum menaiki bas.
  
"Nik Nor Azlina.."
"Kenapa datang lambat??"
Aku sengih..memang hari-hari aku ditanya soalan yang sama,sampai pengawas sekolah pun sudah kenal sangat dengan muka aku ni..
   Tapi bukan aku sorang..semua budak yang menaiki bas Pokya akan di tahan,lebih kurang 5 hingga 10 orang.,..bukan salah kami pun..Sg Mai terkenal dengan tempat paling jauh dengan bandar Jerantut kira-kira 20 km waktu itu..Aku pun tak faham kenapa ayah hantar aku ke sekolah jauh-jauh macam ni.,adahal majoriti budak kampung aku bersekolah di Kuala Mai yang hanya 6 km dari rumah kami..

"Tulis nama.." pengawas itu mengarah
"Tulislah.." aku jawab..Aku sengih bila pengawas itu menjeling. Eleh,pakai baju hijau dah eksyen..bisikku..
"Tu apa dalam plastik tu.." pengawas perempuan darjah 6 mengacukan jari ke arah plastik besar merah yang aku bimbit.
"Ni? kerepek pedas..nak?"
    Sempat lagi aku pelawa.."kalau nak nanti gi kelas ya,saya bagi 30 sen satu..,harga sebenar 50sen.." mereka mengangguk senyum..Ada di antara mereka memang dah jadi pelanggan tetap kerepek aku..
   Setelah segalanya selesai,aku berlari-lari anak menuju ke kelas 3 Melati di mana aku ditempatkan. Selalunya bila aku masuk ckigu sedahpun berada dalam kelas. kadang-kadang naik malu juga aku..tapi dah terbiasa.

      Loceng berbunyi menandakan waktu rehat,.Aku berjalan ke kantin berseorangan, bukan tak ada kawan,aku ada Aida dan Faezah. tapi mereka tidak perlu ke kantin segera....semula pelajar yang mendapat 'rancangan makanan tambahan"sudah menunggu.Kami akan bersama-sama membaca doa dan makan apa saja yang di hidang...alhamdulillah..aku tk perlu berlapar lagi dengan adanya bantuan-bantuan seperti itu,..

    Lebih kurang sebulan di rumah pondok bas tu..akhirnya Che mendapat rumah pekerja ladang...
alhamdulillah..kami berpindah lagi...di sini aku sudah pandai mengumpul kawan..yang paling best..Maheran,rumahnya tidak jauh dengan rumahku.,tapi dia bersekolah di Kuala Mai. aku memang mengenali Maheran ni dah lama,tapi sejak tinggal di estet ni kami menjadi lebih rapat.
   "assalamualaikummm"
"abang Nik..Na ada?"
  Aku dengar suara Maheran mencariku..aku yang baru sampai dari sekolah segera keluar..rumah kali ni agak besar,mempunyai 2 bilik..rumah pekerja ladang,..
   "ada-ada" cepat-cepat aku berlari keluar.."Mah! Tunggu aku tukar baju,,"
Maheran mengangguk..Abang Nik menggeleng kepala.."jangan main jauh-jauh Na...!"Pesan abg nik..aku dah hilang tah kemana...

"jauh ke?" tanya aku,
Pertama kali aku di bawa mereka ke tempat paling best katanya..
Mah,Seli,Sedi,Yakob,Lela,Eddy...
"jauh la jugak"
Sedi menjawab..aku agak kepenatan mendaki bukit tinggi ladang sawit..aku tengok Mah dan Seli membimbit guni kosong..
Aku mengerut dahi..manalah diorg ni nak bawak aku...
"kita gi atas bukit..rumah pengurus ladang..situ ada banyk pokok mangga..."
"wah,,,"aku senyum..mesti best...tapi jauh sangat,memang letih sungguh aku...
       Setibanya kami ke destinasi.masing-masing menunjukkan bakat memanjat pokok mangga...terkial-kial aku pada mulanya..Tambah lagi ada 5-6 ekor kerengga naik ke tubuh..adeh memang sakit...
Lela dan Eddy pasangan adik beradik bersedia menunggu di bawah..bersedia menyambut buah mangga yang bakal di petik oleh kami...

"Na,esok kita gi cari tin maniam..."
"tin maniam??" heran juga aku..tak pernah aku dengar tin bernama maniam..
"ya..kita jual..dapat duit.."
Bagus juga kata Sedi ni..
"kitorang selalu cari tin-tin minuman dengan besi,kalau jual dapat duit.."
sampuk Seli,abang kepada Sedi.
"ok..aku ikut.."
Mereka dua beradik lebih kurang sebaya dengan aku. Tetapi mereka tidak bersekolah.

      Keesokannya hari Sabtu.cuti sekolah..kami bersama-sama mencari tin-tin kosong  di belakang kedai runcit mamak...kadang-kadang aku menyelinap ke belakang kedai mek..tin-tin dijual kepada Pakcik Mail,seorang pembeli besi...aku masih ingat...aku memikul seguni tin-tin  minuman kosong menuju ke rumah Pakcik Mail..
"berapa kau dapat??" Seli bertanya.
Aku yang mencuka melihat hasil jualan memandang mereka dengan wajah yang sangat kecewa.
"seringgit" jawabku perlahan..Sedi tersengih..
Nampak wajahku sangat kecewa..manakan tidak,daripada ratusan tin yang aku kutip..hanya beberapa tin saja yang di panggil tin maniam...(alumunium)
Besi yang aku kutip semua Pakcik Mail kata tak boleh pakai..huhuhu
      Sejak dari itu..aku sudah mula pandai memilih tin yang patut dijual..Kadang-kadang  selepas sekolah,aku mengikut abang Nik menaiki traktor masuk ke ladang nursery untuk mengisi bag anak sawit...memang seronok..hasilnya agak lumayan...aku tersenyum puas setelah mendapat bayaran..kalau tak salah aku,satu bag setinggit lutut aku dapat upah 3 sen satu bag...

       24 desember 1988

      tarikh ni sangat keramat. sangat memberi kesan dan bermula dari tarikh ni hidup kami sekeluarga bertukar 360 darjah. 
      ayah yang bekerja sebagai tukang kebun di Kilang kelapa sawit pulang kerja  Seperti biasa , che meminta ayah ke kedai untuk membeli lauk. aku yang tidak bersekolah ( cuti sekolah hujung tahun) memang akan selalu menemani ayah menaiki motosikal.  
    seperti biasa aku bersiap. seronok . perkara pertama aku seronok sebab ayah akan bawak aku ke pekan kuala krau. 
   " sekejap je" ayah kata. Jarak antara rumah dengan pekan kuala krau lebih kurang 15 kilometer.Anggaran aku mungkin sejam. 
   setelah selesai membeli barang, kami bertoalk balik. aku cukup seronok. saat indah waktu kecil adalah ketika ayah bawak naik motor berjalan-jalan. sampai ada orang cakap- Na tu besar atas motor ayah dia je. no plat motor ayah :HONDA EX5 CC 6041

   Sesampai di kawasan estet, aku nampak kawasan perumahan di situ sangat meriah, kanak-kanak bermain di tepi jalan, mungkin sebab hari tu hari minggu, dan musim cuti persekolahan. jam lebih kurang pukul 6 petang. jarak dari estet ke rumah lagi 2 km lebih kurang.

" ayah..nak ais krim'
aku mintak dengan ayah sebab mataku ternampak seorang budak sedang berjalan memegang ais krim. kebetulan ayah lalu di depan kedai. ayah bawa motor agak perlahan. maklumlah di kawasan perumahan. berbukit pula tu. jalan tanah merah. bukan jalan tar.
       " ayah! nak ais krim!" 
aku sedikit menjerit. mungkin sebab ayah tak mendengar suara aku sebab enjin motor agak bising. 
" tak payahla..lewat dah ni" ayah jawab. 
ketika itu, aku nampak ada sebiji kereta putih turun agak laju dari bukit. ayah jadi serba salah. dia cuba untuk mengelak kereta tersebut. 
    ayah membelok ke kanan jalan. ketika itulah..
" boommm"

kuat bunyi rempuhan kereta tu ke arah motor. aku tak sedar dah apa yang berlaku. gelap.

" sorang lagi ni!!!" 
aku buka mata perlahan-lahan. Masih bingung. kat manakah aku. keliling aku gelap. kepala sakit. 
ada seorang lelaki datang. mengangkat dan mendukung aku macam dukung mayat budak tu. mungkin dia ingat aku pengsan/mati.
   rupa-rupanya aku terbang ke dalam longkang akibat rempuhan tu. aku sedar sepenuhnya. cuma kaki aku agak sakit. muka aku pun sakit dan pedih. kepala sedikit pening. mungkin aku terhantuk pada birai longkang? tak pasti. tiada perdarahan.

     lelaki itu letak aku di tepi jalan. ramai betul orang berkerumun ketika itu. antaranya kawan fb aku faizal sinat. 

" naa'" aku pandang ke sebelah kanan.
aku nampak ayah. terbaring sambil mata memndang aku. Allah. terkejut aku tengok keadaan ayah. kaki kiri ayah hancur. tulang terkeluar sana sini. isi peha dan betis juga terkeluar. pada bahagian tumit aku nampak tulang kaki ayah terserpih keluar. darah sangat banyak.

    ada seorang makcik datang memegang ayah. meraung menangis. mereka yang mengerumun kami ni semua kenal ayah sebab ayah orang lama di situ. makcik tu menggunakan kain sarung batiknya untuk menutupi dan mengikat luka di kaki ayah.

      
Abang nik masuk pada waktu melawat. Ada seorang jururawat memanggil ke kaunter. Lama juga Aku lihat abang Nik berbual dengan mereka . kadangkala aku melihat dia mengangguk angguk tanda faham. matanya memandang aku sambil senyum.
Dia datang kepadaku di katil. Sambil tersengih.
" na. dah boleh balik"
aku pun senyum. "Tau dah..Doctor bagitau tadi.."
"Adikk" seorang jururawat wanita, lebih kurang seusia che datang sambil tersenyum.
"balik berehat di rumah pulak ya.. nanti dah baik boleh pergi sekolah semula " aku angguk berulang kali. sebenarnya Aku kenal makcik ni.
Perkenalan kami masa hari pertama aku masuk wad. ayat yang aku ingat- "Anak makcik sebaya awak.sekolah skbj juga"
Saya tanya nama apa anak makcik. Dia cakap suhaili baharuddin
"Kenal.. tapi kami kelas lain-lain."
makcik mengambil berat juga pasal aku. dia beruniform putih. pada aku semua yang beruniform putih adalah jururawat. sebenarnya aku pada mulanya takut kepada orang beruniform putih ni.
tapi bila makcik melayan dengan baik, selalu datang berbual dengan aku, aku jadi selesan
Malam hari ke dua masuk wad, dia bawa suhaili datang melawat..mereka bawa banyak buku dan majalah untuk aku baca. antaranya majalah dewan pelajar, majalah gila-gila , dan yang lain aku lupa dah.

" Nik ambik lah buku ni..buang hilang-hilang boring" kata eli. aku tidak rapat sangat dengan eli di sekolah. tapi bila dia datang menjenguk,Aku sangat seronok. Sebab tak ada kawan sebaya datang melawat.
Yang paling aku ingat,sepupu ayah dari jengka 10 datang. Makcik Mah. Dia uruskan aku ,suap makan, ikat rambut aku, ambil alih tugas abang nik untuk sehari. Lepas waktu melawat dia balik. Aku sunyi semula..
Abang nik?
Kesian tengok keadaan dia. Seminggu aku di hospital,seminggu jugaklah dia di hospital. Tidur di ruang menunggu. Masa ni umur dia 19 tahun. Sepatutnya dia melanjutkan pelajaran. Bila jadi keadaan macam ni,mugnkin dia akan lupakan sementara.
Dia jugak tempat aku melempar cawan kalau aku tak suka minuman. Atau ketika aku memberontak rindukan che dan ayah.
Abang nik. Anak muda yang sedikit pelik. Banyak pelik sebenarnya. Dia tidak mempunyai kawan. sekolah sampai SPM. dari remaja memang dia tidak bersosial sangat. Kawan dia hanyalah aku..akulah tempat dia bercerita, aku dengar dan setuju sahaja walaupun apa yang dia cerita tu kadang-kadang tak berapa logik.
" dr bagi MC. Nanti boleh datang semula, kita x ray, kalau kaki dah okay kita buang simen ni"
ingat lagi kata-kata Doctor ."dengan syarat, jangan berpijak, guna tongkat sepenuhnya"

petang itu abang nik memanggil teksi untuk menghantar kami pulang. jarak hspital jerantut dengan rumah lebih kurang 30 kilometer.
" lina..." aunty berbangsa india. Dia orang pertama yang datang menziarah selepas tiba di rumah. dia Datang membawa biskut ,susu tin,sardin,milo,beras dan beberapa keperluan lagi.
aunty ni ada kedai runcit kecil yang dia buat di dalam rumahnya.

" kalau mau apa2 , kasitau auntie dan uncle tau" dia datang dengan Uncle Nathan. Anak-anak mereka bernama thilaga,yalani,vishnu, mereka adalah jiran selang beberapa biji rumah.
" saya atak ada duit auntie. " kata abang nik
tak pe, ambil dulu, nanti you punya mak balik, boleh bayarlah" kata aunti.
lega sikit abang nik.
dia boleh memasak. nasi goreng. kadang-kadang dia goreng telur dan kisap.

3 hari di rumah, hanya aku dengan abang nik.
Che ada pulang. Dia balik jenguk aku sekejap sebelum pergi semula ke kuantan dengan menaiki bas. ya Allah dapat jumpa dengan che sekejap pun angat bermakna bagi aku. aku terpaksa menghadap saat-saat susah ni dengan abang aku.

duduk seminggu di rumah, aku tidak selesa bertongkat, cuba berpijak. kaki yang masih bersimen seperti merelakan aku berpijak. aku mula berjalan.

dan aku start panjangkan kaki aku. keluar bermain.


"mak aku cakap ayah kau putus kepala pun tak kan dapat satu sen"
Terngiang -ngiang kata-kata tu. Maaf kan aku kawan. Aku post ni bukan niat nak melukakan sesiapa. Tapi kata kata ini mmberi kesan yang kuat pada aku.
Che turun naik pejabat perkeso memohon supaya ayah mendapat sedikit bantuan.


No comments: