Sunday, May 8, 2011

salam bicara

Diam tak diam..sekarang dah tahun ke empat aku di negara Arab Saudi.,ada yang best ada jugak yang tk best..tapi apa-apapun,ni negara tempat aku cari makan..rezeki aku di negara orang, dengan gaji ciput di Malaysia tambah-tambah lagi tinggal di Kuala Lumpur,Jangankan nak hantar mak bapak ke Mekah,nak hantar ke melancong dalam negeri pun kena fikir banyak kali..
syukur Alhamdulillah ke hadrat ALLAH swt,banyak memberi aku rezeki,ketenangan jiwa,sihat tubuh badan,mampu menjaga kedua orang tuaku,segala nikmat yang tak terhingga,walaupun aku hamba yang sangat hina dan alpa.
    Sebenarnya kerjaya jururawat bukanlah pilihan sebenar aku,masih aku ingat,sejak dari zaman sekolah,apabila ada kawan bercita-cita menjadi jururawat,aku terbayangkan sesuatu yang menakutkan,bau ubat dan darah..alamak..memang aku taknak,,dan bila di tnya apakah cita citaku apabila besar nanti,,aku jawab nak jadi wartawan,boleh kerja di Kuala Lumpur..boleh jumpa artis-artis,boleh masuk tv..
    sehinggalah masa menunggu keputusan SPM,kawan-kawan sibuk mengisi orang UPU dan memilih jurusan yang mereka minat,aku masih terpinga-pinga,,bukannya apa,segalanya terbantut selepas ibuku menjelaskan kemungkinan mereka tidak mampu menghantar aku ke Universiti memandangkan kedudukan kewangan kami yang tidak membenarkan..
ni bukan cerita sedih..aku tk nak bersedih dalam penceritaan ni,aku nak berkongsi..hehehe..aku mendapat satu idea, boleh dikatakan setiap hari aku membeli surat khabar, tak kiralah berita harian atau utusan malaysia,mencari mana2 tanwaran pembelajaran yang membenarkan aku sertai tanpa membayar apa2 yuran atau kos..
ada beberapa borang yang aku isi,,dua daripadanya adalah menjadi juruteknik di petronas dan satu lagi - jurarawat pelatih Tajaan Institut Jantung Negara..dengan menggunakan kertas A4 yang kosong tanpa letter head dan sokongan dari mana2  Yang Berhormat, aku hantar je permohonan..kerana mereka menjanjikan belaun sebnyk rm 400 sebulan..yang pada aku cukup besar...
alhamdulillah..akhirnya aku mendapat kedua dua tawaran tersebut dan aku memilih untuk menjadikan jururawat sebagai kerjaya utama selain juruteknik di petronas.

No comments: