Wednesday, June 22, 2011

Alahai Jiran...

Menulis bukan untuk membuka keburukan atau kebaikan orang...tetapi berkongsi dan adakalanya menginsafi diri kerana sebagai manusia..kita memang tidak lari dari melakukan kesilapan..

  Kali ini aku ingin berkongsi cerita mengenai kelompok manusia yang bergelar JIRAN..aku membesar dalam suasana kampung...(sebenarnya separa kampung) gabungan ESTET dengan Kampung Gong Halt..memang aku terdedah dengan institusi kejiranan ni..semua kawan2 aku adalah anak2 kepada jiran-jiran aku..dan pada masa itu aku sebenarnya tidaklah terlalu tahu atau mengambil tahu mengenai erti semngat kejiranan itu sebenarnya..

    Apabila meningkat remaja dan dewasa..aku mula sedar sedikit demi sedikit dan sudah mula menilai..sebenarnya bukan senang hidup berjiran.,selalu ada rasa tidak puas hati,komplen itu komplen ini,mengata itu mengata ini..semuanya banyaknya berdasarkan dari sifat hasad dan dengki..Jiran A tidak puas hati sebab Jiran B sambung rumah,Jiran B tak puas hati sebab suami jiran A naik pangkat atau naik gaji..hasad..dengki...sakit hati...
dan semakin lama semakin parah..dan akhirnya bermasam muka dan berlakulah perbalahan..maka selepas itu tiadalah maknanya lagi hidup berjiran.
aku terbaca satu artikel mengenai kejiranan ini..penulis mengatakan hubungan jiran itu lebih daripada saudara mara kerana apabila berlaku sakit atau kematian,kepada merekalah dahulu kita memohon pertolongan..so kalau bergaduh bermasam muka...

Apabila aku berhijrah ke kuala lumpur..aku sudah tidak mengenali siapa jiran aku..tambahan lagi sekarang...tapi kadang2 bagus juga..privasi dan peribadi terasa selamat dan terjaga..tidak perlu mempunyai jiran sekiranya hanya menyakitkan hati...

dalam al-Quran menuntut kita berbuat baik kepada jiran..berlakukah di Kampung aku???wallahualam...

No comments: