Wednesday, June 22, 2011

Alahai Jiran...

Menulis bukan untuk membuka keburukan atau kebaikan orang...tetapi berkongsi dan adakalanya menginsafi diri kerana sebagai manusia..kita memang tidak lari dari melakukan kesilapan..

  Kali ini aku ingin berkongsi cerita mengenai kelompok manusia yang bergelar JIRAN..aku membesar dalam suasana kampung...(sebenarnya separa kampung) gabungan ESTET dengan Kampung Gong Halt..memang aku terdedah dengan institusi kejiranan ni..semua kawan2 aku adalah anak2 kepada jiran-jiran aku..dan pada masa itu aku sebenarnya tidaklah terlalu tahu atau mengambil tahu mengenai erti semngat kejiranan itu sebenarnya..

    Apabila meningkat remaja dan dewasa..aku mula sedar sedikit demi sedikit dan sudah mula menilai..sebenarnya bukan senang hidup berjiran.,selalu ada rasa tidak puas hati,komplen itu komplen ini,mengata itu mengata ini..semuanya banyaknya berdasarkan dari sifat hasad dan dengki..Jiran A tidak puas hati sebab Jiran B sambung rumah,Jiran B tak puas hati sebab suami jiran A naik pangkat atau naik gaji..hasad..dengki...sakit hati...
dan semakin lama semakin parah..dan akhirnya bermasam muka dan berlakulah perbalahan..maka selepas itu tiadalah maknanya lagi hidup berjiran.
aku terbaca satu artikel mengenai kejiranan ini..penulis mengatakan hubungan jiran itu lebih daripada saudara mara kerana apabila berlaku sakit atau kematian,kepada merekalah dahulu kita memohon pertolongan..so kalau bergaduh bermasam muka...

Apabila aku berhijrah ke kuala lumpur..aku sudah tidak mengenali siapa jiran aku..tambahan lagi sekarang...tapi kadang2 bagus juga..privasi dan peribadi terasa selamat dan terjaga..tidak perlu mempunyai jiran sekiranya hanya menyakitkan hati...

dalam al-Quran menuntut kita berbuat baik kepada jiran..berlakukah di Kampung aku???wallahualam...

Monday, June 20, 2011

Nasib Amah Indon di Arab Saudi.....

di RIYADH airport..

kakak..kamu dari mana ya'
seorang gadi genit bejubah merah..menyapaku dengan senyuman manis..
aku agak tidak selesa dengan teguran minah indon yang nampak begitu friendly sebenarnya,,

'dari sini lah..' aku menjawab dengan loghat indonesia juga..mereka yang dtg secara berkumpulan duduk beramai ramai di gate nombor 16..penuh dengan warga indonesia yang genit-genit..ada yang berjubah,berlitup,..ada juga yang memakai jeans ketat,membiarkan rambut terburai..ada yang bercakap tak henti-henti,ada juga yang sugul..mungkin masih mengenangkan keluarga yang ditinggalkan..
'kakak dari Malaysia ya..'
aku mengangguk smbil tersenyum...

'kami semua ini dari indonesia..agensi menghantar kami untuk menjadi orang gaji di sini..'
bagus betul gadis ini..cukup ramah dia bercerita..mungkin juga untuk mengubat lara di hati..

'kenapa tidak ke Malaysia?' tanyaku jujur..

'malaysia bayarannya enggak lumayan sama seperti di sini..'
di sini bayaran yang dijanjikan dalam 800 hingga 1200 riyal sebulan...bergantung pada majikan..'
'tetapi di malaysia kamu bebas,,,di sini kamu tidak boleh keluar atau menghubungi sesiapa..'
dia terkedu..'Malah aku banyk dengar yang pembantu di sini tidak di layan dengan baik...'

"Enggak apalah kak..saya berserah pada tuhan saja,,"di mana2 pun ada orang baik dan tidak baik...bisiknya lembut..

Ada sedikit penyesalan hadir dalam diri aku..tidak sepatutnya aku berbicara begitu.

'kamu kena banyk bersabar ya..moga ALLAH melindungi kamu..'kata2ku yang terakhir sebelum kami mengucapkan selamat tinggal..

Sedih betul aku bila mengenangkan nasib pembantu rumah warga indonesia yang dihukum pancung di negara ini sehinggakan menimbulkan kemarahan dari negara republic itu..mungkinkah dia gadis yang pernah aku temui setahun lalu...alfatihah kepada allahyarham...hanya ALLAH yang meha mengetahui di sebalik kejadian...